Rabu, 10 Disember 2014

Difinisi Penjodoh Bilangan


  • Apakah Penjodoh Bilangan?
    • Kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk menentukan kata nama am konkrit (seperti benda, manusia, hal, haiwan atau tempat) mengikut rupa, saiz dan bentuknya.
    • hendaklah diletakkan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama am konkrit
Contoh: Dua ekor burung. kata bilangan kata nama am konkrit penjodoh bilangan
  • . baris digunakan untuk membilang benda atau manusia yang tersusun, teratur atau berderet
    • sebaris rumah
    • sebaris manusia
    • empat baris meja
  • . kuntum digunakan untuk membilang bunga
    • sekuntum bunga raya
    • sekuntum bunga ros
    • dua kuntum bungan matahari
  • . utas digunakan untuk membilang benda yang panjang, terurai dan berangkaian
    • seutas tali
    • seutas rantai
    • seutas dawai
  • . jambak digunakan untuk membilang benda yang berbentuk karangan atau bertangkai
    • sejambak anggur
    • sejambak bunga
    • sejambak kunci
  • . tangkai digunakan untuk membilang bunga atau buah-buahan yang bertangkai
    • setangkai bunga ros
    • beberapa tangkai buah longan
    • beberapa tangkai buah rambutan
  • . keping digunakan untuk membilang benda-benda yang nipis dan pipih
    • sekeping papan
    • sekeping kad
    • dua keping roti
  • . batang digunakan untuk membilang benda-benda yang lurus, keras dan panjang
    • sebatang tongkat
    • sebatang jalan raya
    • sebatang gigi
  •  biji digunakan untuk membilang buah-buahan dan benda kecil yang bulat
    • sebiji cawan
    • enam biji guli
    • sebiji epal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan