LATIHAN KATA PENJODOH BILANGAN
KATA PENJODOH BILANGAN
Isi tempat kosong dengan
perkataan yang paling sesuai.
1. Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin
Mariam.
A biji C jambak
B helai D batang
2. Abang Helmi menerima
________ surat daripada sebuah pusat pengajian tinggi di ibu Negara.
A sekeping C
sehelai
B sepucuk D
senaskah
3. Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata
sempena majlis persaraan beliau.
A sebaris C sepatah
B sebuah D serangkap
4. Emak sempat membeli beberapa ________ paku-pakis di pasar tani untuk
dimasak.
A pucuk C batang
C ikat D cekak
5. Pak Mail menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai
berhampiran rumahnya.
A keping C bidang
B kajang D rawan
6. Amirah membawa se________
payung ke sekolah supaya tidak kehujanan.
A kaki C batang
B buah D bentuk
7. Ayah menghadiahi kakak ________ anting-anting emas sempena ulang
tahun hari lahir.
A sebentuk C seutas
B sepasang D sebuah
8. ________ lembu sedang meragut rumput di padang.
A sekawan C sekumpulan
B segerombolan D sepasukan
9. Seniman negara terkenal telah diundang untuk membacakan beberapa
________ puisi sempena
sambutan Malam Kemerdekaan.
A cebis C naskhah
B patah D rangkap
10. Pihak berkuasa berjaya memusnahkan dua ________ bom lama yang
dijumpai oleh seorang nelayan.
A biji C buah
B butir D laras
11. Pak Salleh berjalan pulang dari dusunnya sambil memikul se ________
kayu api.
A ketul C berkas
B pucuk D keping
12. Ayah terpaksa menjual ________ tanah pusaka untuk membiayai
pelajaran abang di luar negara.
A sepotong C selembar
B sebidang D sebuah
13. Kak Bedah memberikan beberapa ________ jagung bakar kepada jiran
barunya.
A biji C buah
B batang D tongkol
14. Penceramah itu mengakhiri ceramahnya dengan membacakan ________
pantun nasihat.
A sebuah C serangkap
B seuntai D serangkai
15. Dua ________ gerai baru telah dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Kelang
untuk memudahkan para peniaga.
A biji C baris
B butir D batang
16. Di dalam beg kecil itu terdapat dompet dan se ________ kunci.
A butir C kuntum
B berkas D helai
17. Tiga ________ permaidani disandarkan pada dinding untuk
mengelakkannya daripada terkena habuk.
A kaki C lembar
B buku D gulung
18. Layang-layang Amin tersangkut pada dahan se________ pokok.
A buah C pohon
B dahan D batang
19. Pak Aziz memakan beberapa ________ pulut sebagai sarapan pagi.
A kepal C genggam
B ketul D cubit
20. Ibu membeli tiga ________ petai di pasar malam.
A butir C rawan
B kepal D papan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan